Monday, July 26, 2010

Kuda Kepang :D

Permainan kuda kepang adalah sejenis tarian pahlawan berkuda. Permainan, jaga boleh dikenali sebagai tarian kuda kepang,memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana mereka akan dipisahkan ke dalam 4 kumpulan. Mereka kemdian akan diberi tugasan masing-masing seperti: 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang yang bertindak sebagai " bomoh pemulih" dan yang terakhir sekali adalah dalam bilangan 9-15 orang! Ia menarik dan mudah bukan? Ingin tahu seberapa sedikit bagaimana ia dimainkan?







Kuda kepang selalunya dipersembahkan di tempat yang terbuka kerana ia lapang!Dikatakan, "tok bomoh" akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberiken tenaga kepada kuda-kuda tersebut. Mereka akan menggunakan telur mentah,bunga,rumput dan air untuk persembahan.Memang anih. Semestinya kita tidak perlu mempercayainya 100 peratus.MENARIK><>

Kuda-kuda akan menarik mengikut rentak lagu. Mereka diizinkan untuk menari mengikut gerak-geri yang mereka sukai.Mereka akan menari selama 2jam dan jika keadaan menjadi liar dan tidak terkawal, pengawal-pengawal akan merebahkan mereka ke lantai dan tok bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.


Wayang Kulit:D

Wayang kulit adalah sejenis hiburan pementasan bayang yang diperbuat dari patung yang diperbuat daripada belulang. Belulang merupakan kulit lembu, kambing dan kerbau. Semestinya, ada berbagai jenis dan bentuk wayang kulit.




Hmm... Menarik,menarik. :D
Tetapi, saya ingin lebih mamahami
bagaimana ia
dimainkan. Wajah dan bentuknya juga
aneh bagi saya & sudah tentu orang yang penting seperti dalang!
Wayang kulit dimainkan oleh seseorang dimana ia dikenali sebagai dalang.Dalang memainkan wayang kulit tersebut di balik kelir(layar yang diperbuat daripada sehelai kain putih).Dalang juga akan di iringi muzik gamelan. Sementara itu, dibelakang dalang disuluhi lampu eletrik/minyak. Mereka akan berbuat begitu sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang.
Mungkin ramai yang tidak pasti bagaimana hendak memahami jalan cerita tersebut. Penonton haruslah memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang dimana bayangannya tampil di layar.
  • Antara tempat-tempat dimana wayang kulit amat terkenal adalah seperti Malaysia dan juga dikalangan orang jawa. Ini semestinya betul kerana terdapat empat jenis wayang kulit di Malaysia seperti: wayang kulit melayu/gedek/purwa ataupun jawa/kelantan. Menarik bukan?

Thursday, July 22, 2010

Dikir Barat :D

Dikir barat adalah antara permainan traditional yang.Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok juara yang mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan di ikuti oleh suara latar bersamaan dengan suara yang kuat dan lantang:D

Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun secara pertandingan.

Seperti di dalam gambar ini, ini adalah contoh kumpulan dikir barat dan pakaian yang dipakai oleh mereka!



Ia juga dimainkan oleh masyarakat ketika musim menuai padi dan tidak lupa di majlis perkahwinan. Bagi pertandingan dikir barat yang sering dianjurkan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-nadan kerajaan ataupun orang-orang tertentu disebabkan mereka ingin menyutip derma. Walaupun dikir barat adalah sejeni permainan traditional, ia tetap dianggap sebagai permainn baharu jika ia dibandingkan dengan teater tradisional yang lain.

Perkembangan dikir barat adalah hasil dari 2 kombinasi seni:dikir & pantun atau dikir & karut. Dikir barat mempuyai berbagai nama di negara-negara yang lain. Antaranya adalah seperti "dikir karut", "dikir pantun", "dikir syair" sama ertinya dengan dikar barat! Cara ia dimainkan juga sama.

Friday, July 9, 2010

Muzik Tradisional

Muzik tradisional adalah seperti alat-alat yang digunakan untuk memainkan muzik tradisional seperti, Dondang Sayang, dan bahan-bahan utama untuk membuat peralatan tersebut akan saya bincangkan. Selain itu, muzik tradisional adalah lagu-lagu ciptaan orang dahulu dan dari situlah datangnya nama muzik tradisional. Muzik tradisional yang bererti muzik(irama) melayu dahulu. Walaupun bergitu, kini ramai juga yang berminat untuk mempelajari muzik tarian dan cara ia dipersembahkan.


Antara muzik tradisional yang masih kekal lagi adalah Keroncong. Mungkin ramai yang tidak tahu lagu Bengawan solo adalah lagu yang bertema Keroncong juga. Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Nama keroncong berasal kerana ketika ia dimainkan, bunyinya seakan sama seperti nama keroncong.




Seperti gambar di atas, kita memerlukan ramai orang yng menggunakan berbagai-bagai peralatan muzik untuk memainkan lagu tradisional iaitu Keroncong. Kerja sama amat penting kerana jika tidak, lagunya tidak merdu.


Kita juga ada zapin.Zapin termasuk tarian dan lagu zapin. Pada zaman dahulu, hanya kaum adam sahaja yang menari tarian zapin menyikut iramanya. Pada hari ini, berbeza sekali. wanita juga menari tarian zapin. Ia sebenarnya hanya dipersembahkan ketika upacara untuk persembahan 'exclusive' tetapi kini, tidak bergitu lagi. Kini ia merupakan sumber persembahan melayu.Ketika mereka menri, mereka dikelilingi oleh alat-alat seperti gambus, accordion, rebabmarwas, rebena dan sebagainya











seperti di dalm ktiga-tiga gambar di atas, ia menunjunkkan beberapa cara untuk menari tarian zapin. Menarikkan?




EH? Tarian apa ini? Ada sesiapa yang dapat teka? Tentulah tarian dondang sayang.... tetapi apakah itu tarian dondang sayang?





Dondang sayang juga sama seperti muzik tradisional yang lain. Walaupun ia muzik, tetapi ia juga ada tariannya yang tertentu. Cuba bayangkan jika kita menari tarian zapin tetapi dengan lagu dondang sayang, hummm, pasti kelakar bukan. Disebabkan itulah setiap muzik tradisional mempunyai tariannya yang tersendiri.



Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada :seorang pemain biola, dua pemain rebana dan satu pemain gong kecil. Biasanya pemain biola adalah ketua kumpulan kerana ia memainkan peranan utama dalam dondang sayang. Muzik dondang sayang adalah perlahan dan biasnya lagu tersebut terdiri daripada 32 bar.






Ini adalah alat-alt yang digunakan.



Sebenarnya ada bermcam-macam lagi jenis-jenis muzik tradiaional. tetapi setakat ini sahaja yang akan saya bincangkan.






peralatan apakah ini? Bunyinya dan bentuknya sama seperti 'xylophone'........... Ini mesti angklung, ya angklung!



Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Ia lazimnya terdiri daripada 2 hingga 4 tiub yang diikat pada rangka yng dikenali sebagai 'ancak'. Ia biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Walaupun ia tidak dipukul, ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik berlaga ketika digetarkan. Ia mempunyai panjang yang berbeza agar bunyinya berbeza juga dan dipotong 1/3 pda bahagian atas.


Akhir sekali, kita akan berjumpa dengan satu lagi peralatan.....






Eh, apakah agaknya ini? bentuknya anih sekali. Bagaimanakah i dimainkan?








Peralatan didalam gambar di atas bernama kulintang. Kulintang adalah alat muzik yang diperbuat dari kayu di beberapa daerah lain. Tetapi, di Singapura, kebanyakkannya diperbuat dari besi seperti didalam gambar di atas. Bunyinya juga agak berbeza. Ia mempunyai barisan 5 hingga 6 gong kecil. Ia juga agak serupa seperti angklung tetapi hanya bunyinya yang membezakan mereka. Ingin lihat Kulintang yang diperbuat dari pada kayu?






Apa pendapat anda??

Sunday, July 4, 2010

Busana

Busana adalah pakaian yang lengkap dan dipakai oleh kita setiap hari. Antaranya adalah seperti baju kurung, kebaya dan sebagainya.


Seperti didalam gambar ini, ia itu baju kurung juga antara busana yang sering di pakai terutama oleh muslimin. Baju kurung dipakai hampir setiap hari dan tidak kira waktu dan tempat untuk memakainya. Kainnya yang selesa, longgar, membuat si pemakai selesa memakainya. Antara kain yang terkenal untuk membuat baju kurung adalah kain sutra.



Walaupun baju di dalam gambar ini kelihatan ringkas dan boleh dipakai di mana-mana sahaja, ramai yang tidak tahu kemeja ini juga merupakan busana. kemeja ini merupakan kemeja yang amat ringkas tetapi juga segak dan boleh dipakai untuk ke pejabat dan membeli-belah.



Kebaya,antara satu lagi busana yang terkenal bagi orang melayu dan baba. Ia berlainan sedikit dengan baju kurung kerana ia tadak selonggar baju kurung dan kain yang digunakan juga agak berbeza. Ia tidak selalu dipakai kerana rekaannya agak formal. Tetapi, pada waktu dahulu, wanita-wanita sering memakainya, tetapi sayangnya, kini jarang kita lihat mereka memakai baju kebaya, mereka lebih selesa memakai baju kurung.



Selendang, yang digunakan sebagai tudung di dalam gambar ini. Ia terkenal dan di pakai oleh mulimin kerana ia menutup aurat. Tetapi ramai yang berfikiran bahawa selendang hanya wajar dipakai oleh orag islam. Sayangnya, itu salah sekali. kita dapat lihat ramai orang bukan islam juga memakainya sebagai perhisan pada bajunya. terdapat banyak cara yang kita boleh buat dengan selendang.


Songkok, yang dipakai oleh kaum adam, merupakan salah satu busana juga. Songkok dipakai ketika hendak ke masjid, di hari raya dan sebagainya, juga ketika solat. Songkok terkenal oleh orang melayu, musliman.




Baju kurung lelaki bercekak musang adalah agak serupa dengan baju kurung wanita hanya kelainannya adalah rekaannya untuk wanita dan lelaki yang khas. Ia juga longgar dan selesa dipakai. Bagi lelaki, meraka memakai baju kurung bercekak musang bersama kain pelekat. Ada banyak cara yang boleh dpakai dan cara memakainya seperti di dalam gambar ini. Tetapi ada juga yang tidak gemar memakainya.




Kita dapat lihat ada bermacam-macam jenis busana dari busana moden, busana traditional dan bermacam lagi. Busana tidak semestinya hanya pakaian tetapi songkok juga adalah busana. Kita juga ada busana dari bermacam bangsa dan negeri tetapi, saya hanya memberi tahu beberapa busana yang terkenal dengan kita, orang melayu. :D

Tuesday, June 29, 2010

Permainan Tradisional













V.S.









Permainan melayu seperti congkak,gasing,batu seremban,chapteh dan banyak lagi kian pupus. Ini disebebkan dengan kedatangan permainan moden yang lebih canggih dan boleh dibawa ke mana-mana.:D


Dengan itu, banyak sekolah merancang untuk membuat sebuah program berkaitan dengan budaya melayu seperti permainan tradisional. Cara begini mampu untuk lebih memperkenalkan cara,asal dan jadinya beberapa permainan tradisional kepada pelajar-pelajar zaman kini. Selain itu ia dapat memberitahu pelajar perbezaan keadaan dan kehidupan zaman dahulu dengan hanya melihat permainan yang mereka main.
Permainan melayu merupakan permainan yang sihat kerana ia mengeluarkan peluh dan boleh dimain oleh sesiapa tidak kira usia dan memerlukan tempat dan keadaan yang sesuai. Kini pelajar-pelajar lebih gemar bermain permainan elektronic kerana ia tidak perlu mengeluarkan peluh dan sebagainya. Namun mereka tidak pedulikan akan keburukkan bermain permainan sebergini higga menjadi taksub dan akan menjejaskan kesihatan diri.



Kita boleh berkumpul sesama kawan untuk bermain bersama permainan tradisional seperti permainan wau jika kita ada masa lapang. Dengan berbuat begini, kita telah menghabiskan waktu lapang kita dengan cara yang sihat dan menyeronokkan. Ianya lebih baik dari bermain dengan permainan elektronik kerana ia mampu merosakkan mata kita. Bukan itu sahaja, permainan kini juga lebih mahal manakala dahulu murah dan mengunakan bahan sumber dari alam sekitar seperti pokok. Walaupun permainain zaman kini lebih canggih dan menarik, permainan tradisional tetap menjadi pilihan ramai kerana ia lebih mesra alam.







PEMENANG !!!